Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Seminar ketengah isu kesihatan mental

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Seminar Serantau Kesihatan Mental akan diadakan pada 18 Mac di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Seminar dengan tema Kesihatan Mental ke Arah Kesejahteraan Ummah itu dianjurkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan Kementerian Pendidikan melalui Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar (UKPSTP).

Seminar akan membawakan empat buah pembentangan iaitu pembentangan kertas perdana oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; pembentangan kertas utama pertama oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat, Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; pembentangan kertas utama kedua oleh Profesor Madya Dr Haniza Binti Rais dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pembentangan kertas utama ketiga disampaikan oleh Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

Pada sesi sebelah petang, akan diadakan sesi forum yang akan mengetengahkan empat ahli panel iaitu Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; Pemangku Pakar Bersekutu (Perubatan), Jabatan Psikiatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Pengiran Dr Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Ketua UKPSTP, Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, dan Profesor Madya Dr Haniza binti Rais dari UIAM.

Turut diadakan ialah Pameran Kesihatan Mental 2023 pada 17 hingga 19 Mac, di Bilik Sepakat 2 dan 3, ICC.

Antara yang akan menyertai pameran ialah Perkhidmatan Psikiatri Hospital RIPAS, HPC, Kementerian Kesihatan; UKPSTP, Kementerian Pendidikan; Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama; KUPU SB; Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta beberapa jabatan dan agensi lain.

Ia turut menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Selain itu, kempen derma darah daripada Jerudong Park Medical Centre akan diadakan pada 18 Mac bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -