Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sepanyol harapkan Unai

    DOHA, 5 DIS – Harapan Sepanyol untuk menjulang trofi Piala Dunia kedua terletak di tangan – dan kaki – penjaga gol, Unai Simon.

    Skuad kendalian Luis Enrique mementingkan penjaga gol yang cukup berani mengagihkan bola kepada rakan sepasukan yang berhampiran, walaupun ketika dihujani serangan yang kuat daripada pihak lawan.

    Kadangkala strategi tersebut tidak menjadi, namun jurulatih telah meletak sepenuh kepercayaan ke atas Simon, tak kira betapa banyak kritikan yang diterima selepas kesilapan tersebut berlaku.

    Simon berjaya menahan asakan Jerman dengan keputusan 1-1 semasa dalam peringkat kumpulan, namun dia telah dipersalahkan kerana membenarkan jaringan pertama Jepun ketika mereka kalah 2-1 pada Khamis.

    Dengan kekalahan itu, La Roja hampir-hampir tersingkir. Namun, mereka berjaya mengelak penyingkiran setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam Kumpulan E.

    “Mereka bolosi gawang kami dua kali, dan jika mereka perlukan dua gol lagi, pasti mereka telah menjaringkannya juga, saya yakin,” kata jurulatih, Luis Enrique selepas perlawanan itu.

    Untuk perlawanan kali ini, Luis Enrique memberi bayangan pasukannya akan menjadi lebih pragmatik dengan hantaran jauh, menerima kekalahan menentang Jepun sebagai peringatan.

    “Jika berdepan Maghribi, kami mempunyai peluang untuk bermain di depan, pasti mereka akan mempertaruhkan segala-galanya untuk menyerang kami,” kata jurulatih itu.

    “Saya menyatakan hal ini sebagai peringatan kerana perkara ini mungkin akan berlaku.”

    Walaupun begitu, Luis Enrique pasti meminta Simon untuk berusaha dua kali ganda daripada strategi asal.

    “Ini akan menyebabkan situasi yang tegang, dan tekanan yang dirasai pasti akan meningkat dalam pusingan kalah mati,” tambah Simon.

    “Inilah cara pasukan kebangsaan bermain. Saya sudah biasa dengan strategi ini. Saya yakin dapat bermain seperti yang diarahkan, dan saya juga pasti pasukan Sepanyol yakin dengan diri saya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...