Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Sharp, TGV meterai MoU cipta pengalaman hiburan baik

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Sharp Electronics Malaysia Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan TGV Cinemas Sdn Bhd bagi mencipta semula pengalaman hiburan yang lebih baik.

    Pengarah urusan Sharp Malaysia, Ting Yang Chung berkata menerusi kerjasama pertama seumpamanya, kedua-dua syarikat akan membawakan hiburan berkualiti tinggi kepada penonton dan pelanggan dengan menyediakan skrin di IMAX dan tempat duduk terbaik di semua TGV Cinemas di seluruh negara.

    “Sharp mahu membawa kualiti filem yang terbaik selain mahu mempromosikan budaya filem dan budaya hiburan dengan lancar,” katanya pada majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

    MoU itu ditandatangani antara Ting dan Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han.

    Bersempena dengan kerjasama itu, Sharp Malaysia akan melancarkan TV Sharp Aquos XLED yang menyediakan kualiti visual terunggul untuk tontonan di rumah dan Malaysia akan menjadi negara ASEAN pertama yang menyaksikan inovasi serentak dengan Pameran Elektronik Pengguna (CES) minggu ini di Las Vegas. – Bernama

    Sharp membawa kualiti filem terbaik di pawagam TGV. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...