Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sisa plastik punca kematian gajah

    PALLAKKADU, SRI LANKA, 15 JAN – Ahli pemuliharaan dan veterinar memberi amaran bahawa sisa plastik di tempat pembuangan terbuka di timur Sri Lanka telah membunuh gajah-gajah di wilayah tersebut, selepas dua lagi ditemui mati pada hujung minggu.

    Kira-kira 20 ekor gajah mati sejak lapan tahun kebelakangan selepas memakan plastik di tempat pembuangan di perkampungan Pallakkadu, daerah Ampara, menurut ahli veterinar hidupan liar, Nihal Pushpakumara.

    “Politena, bungkusan makanan, plastik, barang yang tidak boleh dicerna dan air adalah antara yang kami temui semasa bedah siasat. Makanan yang biasa dimakan dan dihadam oleh gajah tidak ditemui,” tambahnya.

    Gajah sangat disanjung di Sri Lanka namun turut berada dalam bahaya. Jumlah populasi gajah semakin menurun dari kira-kira 14,000 ekor pada abad ke-19 kepada 6,000 ekor pada 2011, menurut laporan banci pertama gajah di negara itu.

    Ia semakin terdedah kerana kehilangan dan penghakisan habitat semula jadi haiwan berkenaan. Kebanyakan haiwan itu tinggal semakin hampir dengan kawasan manusia untuk mencari makanan, dan sebahagiannya dibunuh oleh pemburu haram atau peladang yang berang kerana kerosakan ke atas tanaman mereka.

    Gajah yang kelaparan mencari makan di tempat pembuangan sampah, memakan plastik serta objek tajam yang merosakkan sistem penghadamannya, kata Pushpakumara. – AP

    Gajah liar berkeliaran mencari makanan di tempat pembuangan sampah terbuka di perkampungan Pallakkadu, Sri Lanka. Kira-kira 20 ekor gajah mati sejak lapan tahun kebelakangan selepas memakan plastik di tempat pembuangan di perkampungan tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...