Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sistem penubuhan bursa saham Brunei hampir siap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Hasil daripada usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, sistem penubuhan bursa saham di Negara Brunei Darussalam hampir siap.

    Bagi menjayakan sebuah bursa saham ia bukan sahaja mengharapkan penyediaan sistem tetapi ia memerlukan beberapa faktor sokongan antaranya ketersediaan bank sebagai peniaga utama dan sekunder, ketersediaan syarikat-syarikat yang akan disenaraikan di bursa saham serta pengarah syarikat yang mempunyai pengalaman yang cukup dalam syarikat-syarikat yang akan disenaraikan.

    Perkara-perkara itu boleh dilaksanakan tetapi perkara yang penting adalah untuk memberikan penekanan kepada mentaliti pelaburan bagi pelabur-pelabur di dalam negara nanti.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai perlunya untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai pelaburan bursa saham dalam kalangan orang ramai dalam perbahasan MMN yang bersidang di Dewan Majlis, hari ini.

    Oleh itu, apabila bursa saham berkenaan sudah sedia untuk ditubuhkan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan jerayawara untuk mendidik orang ramai dari segi risiko dan imbuhan semasa membuat pelaburan.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa orang ramai harus memahami bahawa dalam pelaburan bukan semua pelaburan mereka memberikan jaminan keuntungan tetapi terdapat juga pelaburan yang mempunyai risikonya yang tersendiri.

    Beliau menerangkan lagi, amat penting bagi setiap pelabur untuk menstrukturkan portfolio pelaburan masing-masing sama ada untuk melabur dalam saham atau simpanan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...