Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sokong inisiatif bebas botol plastik

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Green Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Green Brunei dengan sokongan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menganjurkan Kempen Bandarku Bebas Botol Plastik ke-3 sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 pada 23 Februari lalu di ibu negara.

    Empat stesen dispenser air telah diletakkan di sepanjang laluan perbarisan. Secara di mana secara keseluruhan, seramai 735 orang telah datang ke keempat-empat stesen berkenaan dan sejumlah 769 cawan kertas telah digunakan.

    Inisiatif berkenaan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan botol plastik semasa sambutan tersebut dan menyokong Inisiatif Bebas Botol Plastik yang dilancarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan, pada Jun 2018 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. 

    Ia juga diadakan untuk menyokong Protokol Hijau yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan pada 30 Januari 2021.

    Kakitangan Green Brunei bergambar bersama dispenser air yang diletakkan di laluan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...