Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    S’pura bakal gantung pengedar dadah warga Malaysia

    SINGAPURA, 1 JULAI – Seorang pengedar darah warganegara Malaysia bakal menjalani hukuman gantung di Singapura minggu depan, menurut pekempen hari ini, dua bulan selepas seorang lelaki yang menghidapi masalah mental menjalani hukuman sama sehingga mencetuskan kemarahan.

    Kalwant Singh, yang didakwa pada 2016 kerana mengedarkan heroin ke Singapura, dijadualkan akan menjalani hukuman pada Khamis, kata aktivis dan kumpulan peguam Rangkaian Antihukuman Mati Asia yang berpangkalan Singapura.

    Singapura berdepan dengan pelbagai desakan untuk memansuhkan hukuman mati, namun negara itu menegaskan langkah itu membantu mengekalkan negara itu sebagai salah sebuah tempat paling selamat di Asia.

    Kirsten Han, seorang aktivis hak asasi manusia terkemuka, berkata keluarga Singh telah dimaklumkan mengenai hukuman gantung yang akan dijalankan.

    “Ia sangat mengerikan bagaimana Singapura menggandakan hukuman gantung atas kesalahan dadah berulang kali, walaupun penyelidikan gagal mengemukakan bukti konklusif bahawa hukuman mati sebenarnya berfungsi seperti yang didakwa oleh kerajaan Singapura,” kata Han kepada AFP.

    April lalu, hukuman mati ke atas pengedar dadah warga negara Malaysia yang kurang upaya mental, Ngaenthran K Dharmalingam, mencetuskan kemarahan.

    Pengkritik termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kesatuan Eropah berkata menggantung seseorang yang kurang upaya intelek adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

    Kumpulan pekempen bimbang Singapura dilihat bersedia untuk menjatuhkan lebih banyak hukuman mati dalam beberapa bulan akan datang.

    Setakat ini, tujuh banduan telah dimaklumkan akan dikenakan hukuman mati, kata Han.

    Dalam temu bual bersama BBC minggu ini, Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K Shanmugam berkata Singapura akan mengekalkan hukuman mati kerana ‘terdapat bukti jelas bahawa hukuman berat boleh memberi pengajaran kepada pengedar dadah’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...