Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    S’pura buka sepenuhnya sempadan selepas dua tahun

    SINGAPURA, 1 APRIL – Singapura hari ini membuka semula sempadannya secara menyeluruh kepada semua pelawat divaksinasi selepas dua tahun penutupan akibat koronavirus, dengan mereka yang tiba mengatakan, seronok rasanya boleh mengembara tanpa sekatan.

    Hab aviasi itu, pintu masuk utama bagi orang ramai tiba di Asia, menyertai negara-negara lain di rantau itu yang kebelakangan ini membatalkan semua sekatan perjalanan ketika mereka beralih kepada langkah hidup bersama COVID.

    Sebelum ini, hanya sejumlah kecil pengembara boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin, namun bermula hari ini, semua pengembara yang divaksin hanya memerlukan ujian negatif COVID untuk memasukinya.

    Lapangan Terbang Changi sibuk dengan ketibaan penumpang yang keluar dari terminal ketibaan, manakala beratus-ratus lagi berbaris di zon pelepasan untuk keluar dari Singapura.

    Sempadan juga dibuka sepenuhnya dengan negara jiran, Malaysia hari ini, yang juga membuka sempadannya setelah memasuki Fasa Endemik mulai 1 April.

    Beribu-ribu kereta dan motosikal bersesak di laluan lebuh raya yang memisahkan Malaysia dan Singapura.

    Laluan itu, sebuah daripada sempadan darat paling sibuk di dunia, sudah pun dibuka separa tahun lalu, dengan beberapa sekatan masih dilaksanakan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...