Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sukan ria pupuk perpaduan penduduk mukim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 OGOS – Keluarga-keluarga dari tujuh buah mukim di Daerah Belait telah meluangkan petang hujung minggu lalu menyertai aktiviti sukan semasa Sukan Masyarakat Mukim-mukim Daerah Belait yang diadakan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Mumong.

    Dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait, aktiviti sukan riadah berkenaan diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Di samping itu, ia juga memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk mukim dan kampung di Daerah Belait.

    Dengan dua pasukan dari setiap tujuh mukim, 14 pasukan menyertai dan bertanding dalam tujuh jenis sukan ria yang diadakan.

    Hadir menyaksikan aktiviti berkenaan ialah Penghulu Mukim Sawat dan Pemangku Penghulu Mukim Labi, Haji Mohd Salleh bin Haji Othman yang turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan-pasukan pada penghujung pertandingan.

    Antara aktiviti sukan yang diadakan semasa Sukan Masyarakat Mukim-mukim Daerah Belait berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...