Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sunak, Truss bersaing rebut jawatan PM UK

    LONDON, 21 JULAI – Bekas Menteri Kewangan United Kingdom (UK), Rishi Sunak dan Setiausaha Luar Liz Truss akan bersaing merebut jawatan Perdana Menteri bagi menggantikan Boris Johnson selepas kedua-dua calon mendahului di pusingan akhir, lapor beberapa media tempatan kelmarin.

    Truss menewaskan Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt, dengan kemenangan tipis iaitu 113 undi berbanding 105, lapor agensi berita Jordan (Petra).

    Beliau bakal berdepan Sunak, yang menerima 137 undi dalam kalangan ahli parlimen Tory.

    Pemenang akan ditentukan menerusi undian dalam kalangan anggota parti Konservatif, menurut laporan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...