Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Suspek membunuh 4 orang, termasuk 2 pegawai polis, di Jepun ditangkap

    TOKYO, 26 MEI – Polis berkata mereka menahan seorang lelaki, hari ini, yang bersembunyi di rumah bapanya dengan bersenjatakan senapang dan pisau selepas didakwa membunuh empat orang, termasuk dua pegawai polis, di Jepun.

    TV Asahi menunjukkan lelaki itu dengan tangan di atas kepala berjalan keluar dari rumah dan dibawa ke arah kenderaan polis.

    Masanori Aoki, 31, seorang petani, telah ditangkap oleh polis di bawah waran mahkamah kerana disyaki membunuh di Nakano, sebuah bandar di wilayah Nagano.

    Ketua polis wilayah Nagano Iwao Koyama mengucapkan takziah kepada mangsa dan berkata kehilangan dua pegawai polis adalah ‘amat dikesali’. Beliau berkata suspek dikatakan menembak mati seorang pegawai polis di dada kiri dengan senapang memburu.

    Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan Koichi Tani memberitahu sidang akhbar pada hari ini bahawa suspek mempunyai lesen untuk memburu dan senapang angin yang dibenarkan oleh suruhanjaya keselamatan awam wilayah dan pembaharuan lesennya telah dibuat dengan betul. – AP

    Sebuah kenderaan yang membawa suspek, tiba di balai polis di Nakano, wilayah Nagano, Jepun, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...