Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Suu Kyi dipindah ke pengurungan berasingan di penjara

    YANGON, 23 JUN – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi telah dipindahkan daripada tahanan rumah ke pengurungan berasingan di perkarangan penjara di bandar Naypyidaw yang dibina tentera, kata jurucakap junta hari ini.

    “Selaras dengan undang-undang jenayah… (Aung San Suu Kyi) telah ditahan dalam pengurungan berasingan dalam penjara, sejak kelmarin, kata Zaw Min Tun dalam satu kenyataan.

    Sejak penyingkirannya dalam rampasan kuasa tahun lalu, Suu Kyi berada di bawah tahanan rumah di lokasi yang tidak didedahkan di Naypyidaw, ditemani beberapa kakitangan domestik dan anjingnya, menurut satu sumber rapat.

    Pemenang Hadiah Nobel, 77, itu hanya meninggalkan premis tersebut untuk menghadiri perbicaraannya di mahkamah Junta yang boleh menyebabkan beliau dipenjara lebih 150 tahun.

    “Aung San Suu Kyi dalam kesihatan yang baik setakat yang kami tahu,” tambah sumber itu lagi.

    “Apa yang kami lihat, junta Myanmar telah bertindak ke fasa yang lebih punitif, terhadap Aung San Suu Kyi,” kata Phil Robertson, timbalan pengarah Asia bagi Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

    “Mereka jelasnya cuba untuk menakut-nakutkannya dan para penyokongnya,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...