Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sweden henti vaksinasi golongan remaja

    STOCKHOLM, 30 SEPT – Agensi Kesihatan Awam Sweden hari ini berkata ia tidak lagi menyarankan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun mendapatkan suntikan vaksin COVID, memetik ‘risiko amat rendah’ untuk kumpulan tersebut.

    Cadangan baharu itu akan berkuat kuasa pada 31 Oktober.

    “Keputusan itu bermakna mulai 1 November, hanya kanak-kanak dalam kumpulan tertentu dan yang mudah terjejas disarankan mendapatkan suntikan vaksin dan dengan itu menawarkan vaksinasi terhadap COVID,” kata agensi.

    Pada September, Britain membatalkan saranan vaksin untuk kanak-kanak sihat di bawah umur 11 tahun.

    “Pada keseluruhannya, kami melihat keperluan untuk mendapatkan penjagaan akibat COVID adalah rendah dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda…dan telah berkurangan sejak varian Omicron mula menular,” kata Soren Anderson, ketua jabatan vaksinasi Agensi Kesihatan Awam, dalam kenyataan.

    Bagi mereka berusia lebih daripada 18 tahun, saranan Sweden adalah tiga dos, dengan dos keempat disyorkan kepada mereka berusia lebih daripada 65 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wanita mengaku tidak bersalah susulan 3 individu mati keracunan cendawan

    MELBOURNE, 7 MEI - Seorang wanita Australia yang dituduh membunuh mertuanya dengan daging lembu Wellington bercampur cendawan beracun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh,...