Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    12 pelajar sertai Program Sekolah Berkembar Brunei dan Singapura

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Delegasi seramai 12 orang pelajar dan tiga orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) menyertai lawatan ke Edgefield Secondary School (EFSS), Republik Singapura di bawah Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, selama enam hari bermula hari ini hingga 12 Mei.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Metussin bin Haji Jais, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, ibu bapa serta keluarga delegasi.

    Penyertaan delegasi dalam program pertukaran itu telah diselaraskan oleh Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Pelajar-pelajar Tahun 10 berkenaan diiringi oleh tiga orang pegawai pendidikan iaitu Pengiran Hajah Fatriah binti Pengiran Haji Bujang, Haji Mohd Moza Norhazahrin Shah bin Haji Moksin dan Lawrance Lee Chee Hung dari SM SMJA.

    Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada 2024 merupakan pusingan kedua diadakan, di mana pusingan pertama telah berlangsung pada 2018 hingga 2019.

    Program itu juga akan bertindak sebagai pemudah cara kepada pembelajaran yang seimbang dan lengkap dengan adanya perkongsian pengetahuan dalam dan juga luar bilik darjah, yang mana pelajar SM SMJA akan mengikuti kelas dan juga aktiviti kokurikulum bersama rakan-rakan pelajar dari EFSS.

    Selain itu, para pelajar juga akan dibawa melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Singapura bagi mempelajari sejarah dan kebudayaan di sana.

    Gambar ramai pelajar dan guru pengiring dari SM SMJA yang menyertai Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...