Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Niat murni jadi mimpi ngeri

    Sangka Noraniza Idris, 54, pemilihannya sebagai penyelaras projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) kendalian sebuah syarikat hartanah boleh membantu artis kurang berkemampuan mendapatkan kediaman sendiri.

    Namun, dakwa Ratu Irama Malaysia ini, niat murni itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila secara tiba-tiba, namanya terpalit dengan kontroversi.

    Sekelip mata tular dalam media sosial, warganet membangkitkan isu RKSK ditawarkan syarikat terbabit yang didakwa tidak masuk akal.

    Tampil menjelaskan kekecohan itu, Noraniza mendakwa berdepan tekanan emosi akibat dikecam hingga terpaksa menangguhkan Konsert Malai Solo di Istana Budaya bulan depan, yang dirancang sekian lama.

    “Apabila isu ini tular dan gambar saya dan beberapa artis lain disebarkan dengan mendakwa kami artis bodoh, membuatkan emosi saya terganggu hingga kesihatan terjejas.

    Jualan tiket Konsert Malai Solo terjejas, malah, imej dan reputasi Noraniza tercalar disebabkan isu tawaran rumah secara percuma kepada penggiat seni yang didakwa tidak masuk akal. – Agensi

    “Semua gerak kerja yang sudah diusahakan senyap-senyap sebelum ini terganggu.

    “Jualan tiket konsert juga terjejas. Malah, imej dan reputasi saya tercalar disebabkan isu yang tular itu.

    “Ini menyebabkan saya terpaksa menghentikan segala bentuk promosi Konsert Malai Solo serta-merta,” dakwanya pada sidang media di ibu negara, baru-baru ini.

    Yang turut hadir, wakil syarikat pengurusan Noraniza, Mind Order Sdn Bhd. Jun lalu, sebuah pemaju hartanah dilapor memperkenalkan Skim RKSK yang menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Dakwa syarikat terbabit, Noraniza dilantik sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya serta pemegang amanah Skim RKSK yang digerakkan atas inisiatif khidmat sosial dan amal jariah membantu ummah.

    Mengikut perjanjian, penggiat seni dilaporkan hanya perlu membayar RM10 untuk urusan mendapatkan kediaman.

    Namun, kontroversi tercetus apabila aktivis wanita, Mona Din dilaporkan menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan syarikat terbabit yang menawarkan kediaman bernilai sehingga RM500,000 secara percuma kepada penggiat seni, sama ada ia benar-benar tawaran tulen atau ada unsur penipuan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...