Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Taliban henti keluarkan lesen memandu kepada wanita

    HERAT, AFGHANISTAN, 3 MEI – Pegawai Taliban di bandar paling maju di Afghanistan memberitahu pengajar memandu supaya berhenti mengeluarkan lesen kepada wanita, beritahu profesional daripada sektor itu kepada AFP.

    Meskipun Afghanistan merupakan sebuah negara yang sangat konservatif dan patriarki, ia adalah sesuatu yang bukan lazim untuk wanita memandu di bandar-bandar besar – terutama di Herat yang terletak di barat laut, yang sudah lama dianggap liberal mengikut standard Afghanistan.

    “Kami telah diarahkan secara lisan untuk berhenti mengeluarkan lesen memandu kepada wanita, tetapi tidak diarah untuk menghalang wanita daripada memandu di bandar,” kata Jan Agha Achakzai, ketua Institut Pengurusan Trafik Herat yang mengendalikan sekolah-sekolah memandu.

    Adila Adeel, wanita pengajar memandu berusia 29 tahun yang memiliki institut latihan berkata Taliban ingin memastikan generasi seterusnya tidak akan mempunyai peluang yang sama seperti ibu mereka.

    “Kami diberitahu untuk tidak menawarkan dan tidak mengeluarkan lesen memandu,” katanya.

    Taliban merampas kembali tampuk pentadbiran pada Ogos tahun lalu, berjanji untuk melonggarkan peraturan berbanding tempoh pemerintahan mereka sebelum ini antara 1996 dan 2001, yang didominasi oleh pelanggaran hak asasi manusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...