Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tawar sijil vaksin COVID-19 palsu pada harga RM500

    KUALA LUMPUR, 18 JAN – Tindakan keras terhadap klinik-klinik yang menawarkan sijil vaksinasi digital palsu telah diluaskan ke Lembah Klang, susulan serbuan-serbuan di Terengganu dan Sabah sebelum ini.

    Dalam serbuan terkini ke atas sebuah klinik swasta di Gombak, pihak polis telah mendapati bahawa sijil-sijil palsu ditawarkan pada harga RM500 setiap satu.

    “Kami menyerbu klinik berkenaan Jumaat lalu,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed sambil menambah, tujuh suspek berusia antara 20 dan 35 tahun telah ditahan.

    “Terdapat tiga wanita antara tujuh orang yang ditahan itu. Suspek-suspek termasuk pemilik klinik, kakitangan dan seorang runner,” beliau memberitahu pemberita semalam.

    Polis telah merampas komputer riba yang dipercayai digunakan untuk memasukkan data pesakit ke dalam sistem MySejahtera.

    “Kami sedang menyiasat berapa ramai kalangan mereka telah didaftarkan tanpa menerima suntikan,” tambah beliau.

    Jelas beliau, klinik itu menyasarkan mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksinasi dan mencari pelanggan bagi sijil palsu menerusi WhatsApp.

    “Sebahagiannya dirujuk ke klinik itu oleh kenalan rapat,” ujarnya lagi. – The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...