Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tawaran menarik untuk pelabur di BIBDS

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – BIBD Securities Sdn Bhd (BIBDS) kini menawarkan promosi diskaun caj jualan untuk langganan baharu bagi mana-mana Mutual Funds di bawahnya dengan dana-dana baharu, yang telah bermula Sabtu lalu dan akan berjalan sehingga penghujung Mac depan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BIBDS menjelaskan bahawa promosi berkenaan boleh digunakan bagi pelbagai dana yang termasuk SNB Capital Funds, Franklin Templeton Shariah Funds dan Arabesque Q3.17 SICAV ESG Fund yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

    Dana-dana baharu merujuk kepada dana yang didepositkan melalui cek-cek, Cashier’s Orders, Demand Drafts, Cash Deposits atau Telegraphic Transfer daripada institusi kewangan tempatan atau luar negara yang lain.

    Kenyataan menyatakan, pelanggan yang melanggan Mutual Funds dengan jumlah sekali gus akan mendapat diskaun caj jualan di samping hadiah percuma sebaik sahaja mendaftar.

    Mutual Fund adalah pelaburan yang membolehkan pelabur yang mempunyai matlamat dan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang mereka dalam portfolio yang pelbagai.

    Pengurus dana profesional akan mengurus dan memperdagangkan wang terkumpul dalam sekuriti patuh syariah, seperti sukuk dan saham.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...