Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Terokai keindahan tarikan di Kuching

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Rombongan seramai 40 orang telah berpeluang mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuching, Sarawak semasa percutian ke bandar raya berkenaan dengan menaiki bas.

    Diketuai oleh Haji Ibrahim bin Haji Ratu, rombongan juga berkesempatan mengunjungi Kilang Kek Lapis Sarawak iaitu Warisan Sdn Bhd serta Tamu Serikin yang mana penjualnya terdiri daripada warga Indonesia dari Kalimantan Barat yang berjaja di sepanjang jalan menuju ke persempadanan Sarawak dan Kalimantan.

    Di samping itu, rombongan turut mengadakan lawatan ke tempat bersejarah termasuklah bekas lombong emas Tasik Biru.

    Tamu mingguan di Medan Satok, Pantai Damai di Santubong dan kawasan pusat pentadbiran negeri Sarawak di Petra Jaya juga antara destinasi lawatan.

    Ahli rombongan bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...