Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Teruskan tanggungjawab cegah penularan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Orang ramai diingatkan untuk sentiasa memainkan peranan penting dengan menanamkan sifat tanggungjawab dan menjaga kesihatan diri bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengingatkan perkara itu semasa mengulas mengenai jumlah kes tempatan yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerangkan kebelakangan ini kes menunjukkan dalam purata 40 sehari yang mana kes ini kebanyakan melibatkan perumahan dan sebahagian dari tempat kerja dan bukan dari rumah pekerja.

    “Apa yang penting, contact tracing telah membuat pengesanan kontak-kontak tersebut untuk memastikan semua yang berkaitan dengan positif itu membuat ujian PCR,” jelas beliau semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam seminggu yang lalu telah mencatatkan 247 kes yang mana 81 daripadanya adalah kes import, jelas beliau, manakala selebihnya adalah kes tempatan dan kebanyakan mereka telah bervaksinasi dan ada juga yang telah mendapatkan dos penggalak dan gejala yang dialami adalah ringan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, orang ramai tidak perlu risau dan terlalu cemas dengan jumlah kes yang dicatat tapi apa yang penting adalah melihat kepada jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...