Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Thailand akan guna alat semburan hidung cegah COVID

    BANGKOK, 7 MAC – Alat Semburan hidung buatan Thailand untuk membantu mencegah COVID dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

    Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun, berkata alat itu dibangunkan hasil kerjasama Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.

    Beliau berkata usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) alat itu sudah bermula sejak pandemik melanda dua tahun lepas, dengan dibiayai sektor perniagaan dan HSRI yang dikendalikan kerajaan.

    Prototaip antibodi untuk alat itu sudah pun diperoleh dan seterusnya akan dipatenkan.

    “Kini, teknologi itu telah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal telah dijalankan untuk memenuhi piawaian yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara pada Jun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...