Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    The Citizens terselamat dengan keputusan seri

    SOUTHAMPTON, UNITED KINGDOM, 23 JAN – Pep Guardiola menyokong Manchester City untuk bertahan selepas rentetan kemenangan 12 perlawanan pendahulu Liga Perdana itu berakhir ketika Aymeric Laporte menyelamatkannya dengan keputusan seri 1-1 menentang Southampton kelmarin.

    City dikejutkan dengan jaringan gol pertama Kyle Walker-Peter pada minit pembukaan di St Mary.

    Selepas separuh masa pertama yang teruk disebabkan standard mereka yang tinggi, pasukan Guardiola menjaringkan gol selepas waktu rehat.

    Pemain pertahanan dari Sepanyol, Laporte menanduk masuk untuk menyamai kedudukan, tetapi City kempunan kemenangan berturut-turut mereka di pusingan akhir berat yang sebelah apabila pasukan pelawat berterusan mengasak gawang dan mempamerkan semangat enggan mengalah di Southampton.

    Juara itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang meninggalkan mereka 12 mata di hadapan Liverpool yang berada di tangga kedua, mempunyai dua perlawanan dalam genggaman dan menentang Crystal Palace hari ini.

    “Hari ini kami mempamerkan konsistensi yang sama seperti yang kami tunjukkan. Jika orang ramai semasa perlawanan melihat kami malas atau angkuh, atau mencuba untuk tidak memenangi perlawanan, ia adalah sebaliknya,” kata Guardiola.

    Pertama kali sejak mereka ditewaskan 2-0 oleh Palace pada 30 Oktober, City menamatkan perlawanan liga tanpa kesemua tiga mata.

    Mereka kekal kukuh di kedudukan teratas untuk kejuaraan keempat dalam lima musim, tetapi keputusan seri mereka di pantai selatan akan memberi harapan kepada Liverpool dan pasukan di tangga ketiga, Chelsea.

    Guardiola tidak menghiraukan kemungkinan untuk pasukan Liverpool mendekatkan jurang. – AFP

    Reaksi Aymeric Laporte selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampton dan Manchester City di stadium St Mary di Southampton, 22 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...