Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tiada XE di sini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Varian Omicron XE didapati adalah hasil kombinasi BA.1 dan BA.2 di mana ia mungkin sedikit lebih mudah berjangkit berbanding dengan BA 2.

    Pada masa ini, varian berkenaan masih belum dikesan di Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan masih membuat pemantauan melalui kaedah penjujukan genom yang dibuat di Tutong.

    Setakat ini, varian itu juga tidak dikesan daripada kes-kes import di negara ini, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai pemantauan kementerian terhadap varian Omicron XE yang didapati menular di United Kingdom dan baru-baru ini, disahkan di Thailand, semasa sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa perkara itu akan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan dengan negara jiran berhampiran Brunei, juga masih belum ada melaporkan pengesanan varian berkenaan.

    “Diingatkan kepada orang ramai terutama yang berada di luar negara, untuk memastikan vaksinasi mereka lengkap dengan booster. Kita tahu bahawa pandemik di luar masih berlaku dan jika ia berlarutan, varian itu memang dijangkakan akan ada,” tekannya.

    Oleh itu, jelas Yang Berhormat Dato, salah satu usaha dalam menangani perkara berkenaan adalah dengan bervaksin.

    Setakat itu, tambah beliau, walaupun varian XE telah dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi ia belum lagi dikategorikan sebagai variant of interest atau concern, dan varian itu adalah masih dalam pemantauan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa hadir pada sidang media harian COVID. – Gambar oleh Syahmi Hassan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...