Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tiger menjunam lagi ke ranking terendah baharu

    MIAMI, 11 OKT – Bekas juara dunia nombor satu Tiger Woods, yang sedang beransur pulih daripada kecederaan kaki yang teruk dalam kemalangan kereta pada 2021, menjunam kepada kedudukan ke-1,206 dalam ranking golf dunia.

    Juara 15 kali, iaitu satu tangga di bawah rekod juara 18 kali oleh Jack Nicklaus dalam senarai all-time tersebut telah jatuh tujuh anak tangga di bawah pencapaian terburuk beliau, iaitu pada tahun 2017 selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

    Woods mengekalkan rekod nombor 1 dunia selama 683 minggu sebelum jatuh mendadak selepas pelbagai kecederaan tulang belakang dan kaki yang dialaminya.

    Pada minggu lalu, Woods menghiburkan peminatnya dengan bermain 9-hole par-3 course, The Hay di Pebble Beach.

    Posting di media sosial memaparkan skil-skil serta aksi beliau berjalan mendaki dataran berbukit.

    Woods, yang berkongsi rekod kemenangan all-time 82 PGA Tour bersama Sam Snead, hanya berjaya membuat kemunculan semula yang terhad sejak mengalami kecederaan kaki pada Februari 2021 dalam kemalang-an sendiri di Selatan California yang telah mengakibatkan beliau dimasukkan ke dalam hospital selama berminggu-minggu dan terlantar sakit di atas katil selama berbulan-bulan.

    Beliau kembali beraksi di kejohanan Masters pada April lalu selepas 14 bulan berehat sementara, dan menghabiskan 72 lubang pada tempat ke-47 di Augusta National. – AFP

    Aksi Tiger Woods semasa pusingan akhir Cabaran Hero Dunia di Kelab Golf Albany, Bahamas, 7 Disember 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...