Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Ubat baharu untuk pesakit Alzheimer

    TOKYO, 30 NOV – Pakar hari ini mengalu-alukan data penuh yang menunjukkan ubat baharu boleh memperlahankan kemerosotan kognitif dalam pesakit Alzheimer, namun peningkatan adalah agak kecil dan rawatan mungkin mempunyai kesan sampingan serius.

    Data awal daripada uji kaji lecanemab dikeluarkan pada September dan ia didapati memperlahankan kemerosotan kognitif sebanyak 27 peratus dalam tempoh 18 bulan.

    Data ujian lengkap, diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England, mendedahkan hasil dapatan tersebut tetapi juga mengambil kira insiden ‘kesan negatif’ termasuk pendarahan dan otak bengkak.

    “Ia adalah ubat pertama yang menyediakan opsyen rawatan sebenar untuk pesakit Alzheimer,” kata Bart De Strooper, Pengarah Institut Penyelidikan Demensia Britain. – AFP

    Gambar serahan Institut Kesihatan Nasional menunjukkan sel dalam otak pesakit Alzheimer, dengan protein beta-amyloid yang luar biasa bergumpal bersama untuk membentuk plak dan menjejas fungsi sel. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...