Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung

    JOHANNESBURG, 16 OKT – Uganda mengenakan sekatan perjalanan masuk atau keluar dari daerah yang dilanda Ebola pada lewat kelmarin bagi membendung penularan penyakit berjangkit itu.

    “Tiada pergerakan masuk dan keluar dari daerah Mubende dan Kasanda dibenarkan,” kata Presiden Yoweri Museveni dalam ucapannya menerusi televisyen, lapor agensi Anadolu.

    Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.

    Uganda mengisytiharkan wabak Ebola bulan lalu selepas penyakit itu dikesan di daerah tengah Mubende.

    Museveni berkata 19 orang meninggal dunia dan 58 kes lagi disahkan.

    Wabak Ebola telah melanda negara Afrika Timur itu sepanjang dua dekad lalu yang setakat ini sudah meragut ratusan nyawa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...