Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bradley tamatkan kemarau kejuaraan

    INZAI, JEPUN, 16 OKT – Keegan Bradley merangkul gelaran pertama Jelajah PGA AS dalam tempoh empat tahun hari ini selepas berjaya menjarakkan kedudukan lewat perlawanan untuk memenangi Kejuaraan Zozo di Jepun.

    Bradley, yang kejayaan sulung kejohanan utama dicatat semasa Kejuaraan PGA AS 2011, memulakan perlawanan dengan satu pukulan di belakang rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Rickie Fowler namun berjaya memintas kedudukan mendahului perlawanan selepas pukulan birdie berturut-turut di lubang keenam dan ketujuh.

    Pemain berusia 36 tahun itu menamatkan perlawanan dengan par untuk merangkul gelaran pertama Jelajah PGA AS sejak Kejohanan BMW di Philadelphia pada September 2018.

    “Saya berusaha dengan keras semasa luar musim dan inilah apa yang saya ingin lakukan iaitu memenangi kejohanan. Saya mahu bermain di Piala Ryder dan ingin menjadi bualan,” kata Bradley. “Ini permulaan yang baik,” katanya.

    Bradley menamatkan permainan 15 bawah par pada 265 di Narashino Country Club, satu pukulan mendahului Fowler dan Putnam.

    Fowler dilihat berusaha untuk menamatkan kemarau kejuaraan, yang kali terakhir dimenanginya ialah tiga tahun setengah yang lalu di Terbuka Phoenix pada 2019.

    Dia membuat dua pukulan birdie dan dua pukulan bogey di pusingan terakhir untuk mencatat par 70. – AFP

    Reaksi Keegan Bradley meraikan kemenangan selepas memenangi Kejuaraan Zozo di Jepun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...