Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UK bakal bina 7 loji nuklear menjelang 2050

    LONDON, 3 APRIL – Britain mungkin membina sehingga tujuh loji tenaga nuklear baharu menjelang 2050, serta meningkatkan angin pesisir laut untuk mempelbagaikan sumber tenaga, menurut menteri kanan hari ini.

    “Jika kita melihat pada 2050 nanti, kita akan menyaksikan enam atau tujuh tapak (nuklear) di United Kingdom (UK),” kata Setiausaha Peniagaan dan Tenaga, Kwasi Kwarteng kepada The Sunday Telegraph.

    “Ia tidak akan berlaku dalam masa dua tahun akan datang. Tetapi ia adalah sesuatu yang kita boleh cita-citakan.”

    Britain mempunyai sasaran mereka sendiri untuk neutral karbon menjelang 2050 dan kerajaan dijangka akan menerbitkan strategi keselamatan tenaga baharu yang tertunda minggu hadapan.

    Ia muncul ketika kebanyakan penduduk Britain bergelut untuk membayar bil tenaga di tengah-tengah krisis sara hidup.

    Kwarteng berkata strategi ‘melihat kepada angin di pesisir pantai, dan terutamanya nuklear, sebagai jalan yang mana kita boleh menjana kapasiti elektrik di UK’.

    Kira-kira 21 peratus daripada elektrik Britain dihasilkan daripada 15 reaktor nuklear pada hari ini, menurut pertubuhan perdagangan Tenaga UK.

    “Dalam hubungan angin di darat dan penggalian, kami hanya boleh melakukannya dengan persetujuan komuniti yang ramai,” kata Kwarteng.

    Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps memberitahu Sky News, “Saya tidak bersetuju dengan peningkatan ladang angin di darat atas sebab beberapa perkara.”

    “Ia dibina di kawasan bukit dan boleh menyebabkan pemandangan yang kurang menyenangkan bagi komuniti selain menyebabkan bunyi bising.”

    Ketika UK kurang bergantung kepada tenaga Rusia berbanding negara Eropah lain seperti Jerman, Kwarteng berkata keperluan untuk mengelak import seumpamanya.

    “Ideanya ialah, memandangkan apa yang dilakukan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, kami tidak mahu hidup di dunia di mana kami bergantung kepada hidrokarbon Rusia,” tambahnya.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...