Friday, May 10, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Ukraine terima bantuan alat ketenteraan

    PARIS, 28 FEB – Beberapa buah negara telah mula menghantar bantuan ketenteraan atau kemanusian ke Ukraine sejak Rusia menyerang negara tersebut pada Khamis lalu dan antara negara-negara yang turut membantu adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada dan 19 buah negara Eropah menghantar bantuan ketenteraan setakat ini.

    Washington dan Kanada sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan berupa senjata yang bernilai lebih daripada ratusan juta dolar AS agar Kyiv dapat mempertahankan negara mereka.

    Ketua dasar luar, Josep Borrell berkata beberapa negara menghantar jet pejuang ke Ukraine.

    Sementara itu, Berlin telah melanggar pantang larang lama untuk tidak mengeksport senjata ke zon konflik dengan berikrar untuk menghantar Ukraine 1,000 senjata anti kereta kebal, 500 peluru berpandu darat ke udara ‘Stinger’ dan sembilan howitzer.

    Ia juga menyumbangkan 14 kenderaan perisai dan 10,000 tan bahan api.

    Stockholm juga akan menghantar 5,000 roket anti-kereta kebal ke Ukraine, serta catuan medan dan perisai badan.

    Perancis termasuk negara yang turut membantu dalam membekalkan peralatan tentera termasuk bahan api dan bantuan kemanusiaan.

    Manakala perdana menteri Britain, Boris Johnson akan memberikan bantuan kepada Ukraine tetapi tidak menyatakan jenis bantuan yang akan diberikan.

    Belgium berkata ia akan membekalkan Ukraine dengan 3,000 lagi senapang automatik dan 200 senjata anti kereta kebal, serta 3,800 tan bahan api.

    Kementerian pertahanan Belanda berkata ia akan menghantar “200 peluru berpandu Stinger secepat mungkin”, selepas penghantaran senapang penembak tepat dan topi keledar pada Sabtu lalu.

    Ini menambah 20 juta euro bantuan kemanusiaan yang telah dijanjikan.

    Selain itu, negara-negara seperti Prague, Czechs, Portugal serta beberapa negara turut menghulurkan bantuan yang akan dihantar ke Ukraine berupa peralatan pertahanan yang bernilai ratusan juta dan bantuan kemanusiaan agar mereka dapat bertahan daripada serangan Rusia ke atas mereka.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...