Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Vanessa Hudson wanita pertama dilantik sebagai CEO Qantas

    SYDNEY, 2 MEI – Syarikat penerbangan Qantas mengumumkan Vanessa Hudson dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), sekali gus menjadikan beliau wanita pertama yang dilantik memegang jawatan itu dalam sejarah 103 tahun syarikat, lapor agensi berita Jerman (DPA).

    Menurut Qantas, Hudson yang sudah berkhidmat di syarikat berkenaan selama 28 tahun akan secara rasmi mengambil alih jawatan itu selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2023 pada November.

    “Ini satu penghormatan besar untuk menerajui sebuah syarikat yang luar biasa,” katanya.
    Beliau akan menggantikan Alan Joyce yang akan bersara.

    Pengerusi Qantas, Richard Goyder, turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Joyce.

    “Beliau telah banyak memberikan sumbangan besar kepada Qantas,” kata Goyder.

    Joyce turut memuji langkah Qantas kerana mencipta sejarah dengan melantik ketua eksekutif wanita yang pertama.

    “Saya sangat gembira kerana dalam 103 tahun sejarah Qantas hanya terdapat 12 CEO, ini adalah CEO wanita pertama dalam tempoh itu dan itu adalah penghargaan kepada keupayaan wanita yang ada dalam pasukan pengurusan kami,” katanya. – Bernama

    Gambar edaran bertarikh 2 Mei 2023 yang dikeluarkan oleh Kumpulan Qantas Australia menunjukkan Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan Qantas yang seterusnya, Vanessa Hudson bergambar di acara di Sydney. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...