Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Vietnam bakal bangunkan 301 perkampungan kraf

    HANOI, 17 JULAI – Kerajaan Vietnam merancang untuk membangunkan 301 perkampungan kraf tradisional menjelang 2030 di bawah program Pemeliharaan dan Pembangunan Perkampungan Kraf 2021-2030.

    Di bawah keputusan yang ditandatangani Timbalan Perdana Menteri Le Van Thanh, dalam tempoh itu, sekurang-kurangnya 129 kraftangan dan 208 perkampungan kraf tradisional akan dipulihkan dan dipelihara untuk merancakkan lagi industri pelancongan, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Program itu bertujuan melindungi nilai dan ciri perkampungan kraf tradisional Vietnam, menggalakkan pengeluaran dan meningkatkan daya saing serta nilai tambah bagi produk kraf.

    Selain itu ia turut menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar yang mampan.

    Dalam tempoh 2021-2030 nilai pengeluaran perkampungan kraf dijangka berkembang 10 peratus secara purata setiap tahun.

    Nilai eksport kraf tangan yang dihasilkan di kampung kraf diunjurkan mencecah US$6 bilion.

    Laporan Persatuan Kampung Kraf Tradisional menunjukkan terdapat lebih 5,400 kampung kraf di seluruh Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...