Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Vinicius Junior kecam Liga Sepanyol

    BARCELONA, 31 DIS – Pemain sayap Real Madrid, Vinicus Junior telah mengeluarkan kenyataan kelmarin bahawa dia tidak berpuas hati dengan La Liga Sepanyol yang dianggapnya tidak membuat sebarang tindakan berhubung tindakan rasis yang dilemparkan terhadap dirinya.

    Penyerang dari Brazil itu dilaporkan telah diejek dengan lontaran ungkapan rasis oleh segelintir penyokong di stadium Jose Zorilla apabila dia digantikan dengan pemain lain semasa kemenangan Madrid 2–0 ke atas Real Valladolid pada Jumaat lalu.

    “Orang rasis tetap berterusan ke stadium untuk menyaksikan pasukan terbesar di dunia manakala pihak La Liga pula tidak bertindak apa-apa,” tulis Viniscius dalam jaringan sosialnya.

    “Saya akan terus bermain tanpa rasa malu dan meraikan kemenangan saya di Madrid,” tambahnya.

    Para penyokong Athletico Madrid dirakam melaungkan ungkapan rasis yang ditujukan kepada Vinicius pada September sebelum perlawanan derby Madrid di Wanda Metropolitano.

    “Ungkapan kebencian tidak boleh ada di La Liga. Kami sedang menjalankan siasatan terhadap perlawanan semalam dan dalam kes-kes ini, kami akan bekerjasama dengan kelab-kelab, pihak yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti dan menghukum pesalah yang menggunakan ungkapan kebencian,” lapor jurucakap La Liga kepada AFP.

    “La Liga telah mengesan beberapa video yang telah dimuat naik di jaringan sosial berhubung tindakan ungkapan penghinaan berbaur rasis daripada seorang individu bukan daripada kumpulan dan mereka akan dikenakan tindakan seperti mana kes-kes sebelumnya.”

    Sebelumnya, La Liga pernah menghadapkan penyokong yang didakwa di mahkamah akibat ungkapan penghinaan rasis terhadap para pemain.

    Liga Sepanyol telah membuat laporan kepada pejabat penguam bela mengenai penghinaan-penghinaan rasis yang telah dilontarkan ke atas Vinicius pada bulan Oktober 2021 semasa Piala Clasico di Camp Nou di samping beberapa insiden yang lain.– AFP

    Aksi Vinicius Junior (kiri) dicabar oleh Ivan Fresneda, semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Valladolid dan Real Madrid di stadium Jose Zorrilla di Valladolid, Sepanyol, baru-baru ini – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...