Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Wanita hamil dihalang ke NZ diberi suaka oleh Taliban

    WELLINGTON, 30 JAN – Seorang jurnalis New Zealand yang hamil dihalang memasuki semula negara asalnya untuk melahirkan anak kerana peraturan ketat COVID-19 dan berkata dia telah ditawarkan sebagai pencari suaka oleh Taliban Afghanistan.

    “Ia terasa seperti dikhianati,” Charlotte Bellis memberitahu Radio New Zealand hari ini di Kabul.

    Bellis yang bekerja untuk Al Jazeera di Afghanistan, namun berkata dia tidak menyedari bahawa dia hamil sehingga dia berada di ibu pejabat syarikat di Doha, Qatar.

    Ia adalah menyalahi undang-undang untuk hamil tetapi belum berkahwin di Qatar, jadi Bellis merahsiakan kehamilannya ketika dia bersiap sedia untuk pulang ke New Zealand.

    Setelah diberitahu bahawa dia tidak layak untuk diberikan pengecualian di bawah kawalan sempadan COVID-19 yang ketat di New Zealand, Bellis berkata dia menghubungi pegawai tertinggi Taliban dan diberitahu dia boleh melahirkan anak di sana.

    Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardem ketika mengumumkan sekatan bagi membendung penularan COVID-19 di Wellington 23 Januari lalu. Seorang wanita hamil dihalang dari memasuki New Zealand kerana peraturan ketat COVID-19. – AP

    “Kami tumpang gembira untuk awda, awda boleh datang dan kami tidak mempunyai sebarang masalah,” Bellis berkata dalam temu bual mengenai apa yang Taliban beritahunya.

    Mereka berkata, “Tidak perlu risau. Segalanya aman,” dia memberitahu New Zealand Herald.

    “Ketika saya sangat memerlukan, kerajaan New Zealand berkata saya tidak dialu-alukan ke sana.

    “Apabila Taliban menawarkan awda, seorang wanita hamil dan belum berkahwin, perlindungan, awda tahu keadaan awda tidak menentu.”

    Bellis, yang sebelum ini mempersoalkan Taliban mengenai apa yang mereka lakukan untuk memastikan hak wanita, berkata ia ‘secara ikonik begitu kejam’ dan kini dia menanyakan soalan yang sama kepada kerajaannya.

    Selepas memberitahu umum mengenai keadaannya, dan melibatkan peguam, Bellis berkata dia sudah dihubungi oleh pegawai New Zealand yang berkata permohonannya yang ditolak masih dalam pemantauan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...