Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Wanita kongsi pengalaman kesenian dan keusahawanan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JAPEM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Projek Feed telah mengadakan bengkel bertajuk ‘Menyokong Minat Isteriku’ yang telah disertai oleh lebih 50 orang peserta secara maya menerusi aplikasi Zoom Meeting, hari ini.

    Bengkel yang memfokuskan kepada pengalaman wanita dalam mempelbagaikan bidang kesenian dan keusahawanan itu telah dikendalikan oleh Pentadbir dan Pegawai Sumber Manusia, Projek FEED, Dayang Farah Fatinah binti Haji Yaakob selaku moderator dan pemudah cara bengkel yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Keusahawanan dan Kategori Seni dan Kreativiti.

    Kategori Keusahawanan diwakili oleh Hajah Sarifah binti Haji Laki dari Al Baqi Traditional serta Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Aman Optimum Fitness, Dayang Sherry Abdul Karim. Manakala itu, Kategori Seni dan Kreativiti diwakili oleh pemilik Mikayla Bridal House, Dayang Roslina binti Haji Minggas dan pengasas bersama Rai Ranie, Raifana Ranie.

    Bengkel dimulai dengan perkongsian daripada para jemputan yang membincangkan mengenai asas memulakan perniagaan dan bagaimana memperkasa wanita melalui bakat seni dan kreativiti. Di samping itu, salah seorang jemputan juga telah membuat tunjuk cara gubahan hantaran perkahwinan sebagai salah satu pengisian aktiviti bengkel tersebut.

    Para peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, persatuan badan-badan bukan kerajaan (NGO), penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi dan orang awam.

    Objektif utama bengkel berkenaan adalah bagi mengembangkan potensi diri wanita dalam bidang seni dan keusahawanan yang antara lainnya untuk mengetengahkan kepentingan tanggungjawab bersama dan kerja berpasukan dengan suami dan seterusnya memberikan inspirasi kepada para wanita untuk menceburi minat masing-masing.

    Salah seorang peserta mendemonstrasikan kesenian mengubah bunga secara maya.
    Antara yang menghadiri bengkel bertajuk ‘Menyokong Minat Isteriku’ yang telah dimeriahkan oleh lebih 50 orang peserta secara maya menerusi aplikasi Zoom Meeting.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...