Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    4 pemain dihukum langgar peraturan antirasuah

    KUALA LUMPUR, 25 MAC – Empat pemain badminton China telah dikenakan hukuman kerana melanggar peraturan antirasuah kerana gagal melakukan yang terbaik dalam perlawanan beregu, menurut badan pengurusan sukan hari ini.

    He Ji Ting, Tan Qiang, Li Jun Hui dan Lui Yu Chen dihukum penggantungan selama tiga bulan, namun hukuman telah digantungkan bagi dua tahun, kata Persekutuan Badminton Dunia.

    Sekiranya kesalahan berulang dalam masa dua tahun, penggantungan akan berkuat kuasa.

    Kejadian melanggar peraturan berlaku di Terbuka China Fuzhou pada 2018 apabila Li dan Liu bertemu pasangan He dan Tan dalam suku akhir beregu lelaki.

    Seorang pemain menyaksikan perlawanan telah menimbulkan syak oleh pengadil disebabkan pasangan beregu itu tidak melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan.

    Semasa waktu rehat perlawanan, pengadil meminta pemain untuk melebihkan lagi usaha mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...