Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Zii Jia mara ke final

    KUALA LUMPUR, 23 OKT – Pemain perseorangan profesional Malaysia, Lee Zii Jia, hanya tinggal selangkah untuk merangkul gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura, pada aksi separuh akhir pada Sabtu.

    Selaku pemain nombor tiga dunia, Zii Jia, ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.

    Kejayaan tersebut merupakan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Kean Yew selepas Kejuaraan Berpasukan Asia, Februari lalu dan suku akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.

    Zii Jia, pilihan keempat kejohanan, mara ke final ketiga tahun ini, akan bertemu pemenang antara wakil China, Shi Yu Qi dan pemain Jepun, Kodai Naraola pada final, esok.

    Ketika juara Asia itu melangkah ke final, tiga lagi wakil Malaysia terkandas di separuh akhir termasuk juara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

    Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-17, 13-21, 21-17 dalam perlawanan selama 51 minit.

    Marcus-Kevin, atau lebih dikenali ‘The Minions’  akan menentang pasangan senegara dan pilihan kelima kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pentas final selepas mengalahkan beregu Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-16, 22-20.

    Di samping itu, beregu campuran Malaysia, Goh Soh Huat-Shevon Lai turut ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China dan pilihan ketiga kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, 16-21, 22-24. – Bernama

    Reaksi Lee Zii Jia ketika di Kejohanan Terbuka Denmark 2022 di Arena Jyske Bank, Odense. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...