Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Puteri Sarah selesa badan sedikit berisi

    Peningkatan berat badan pelakon Puteri Sarah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga.

    Menyangkal dakwaan berkenaan, Sarah, 37, berkata, dia selesa dengan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi kerana merasakan sebelum ini dirinya terlalu kurus.

    Meskipun menjadi duta produk pelangsingan badan namun ibu kepada dua cahaya mata ini gembira apabila mencapai berat ideal dan yakin tentangnya.

    “Dua hari kebelakangan ini ramai orang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan.

    “Saya pernah berada dalam fasa kurus kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram.

    Puteri Sarah berkata terlalu kurus itu bukan bererti cantik tapi paling penting mempunyai berat badan ideal dan sihat. – Agensi

    “Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset.

    Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri,” katanya.

    Sarah menjelaskan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Sarah berpendapat berat badan tidak seimbang boleh membuatkan seseorang berasa tidak bertenaga malah dia sendiri pernah berada dalam keadaan itu ketika berasa patah hati suatu ketika dahulu.

    “Saya pernah berada dalam fasa kurus kering dan ketika itu saya tidak gembira.”

    “Perasaan tidak gembira membuatkan berat badannya turun dengan mendadak,” katanya.

    “Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa itu saya ingat kurus itu cantik tetapi tidak.

    “Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang sangat aktif… jadi saya ambil keputusan untuk menambah berat badan tapi ‘terlebih’ pula sebab saya makan pada waktu malam,” katanya.

    Menjelaskan mengenai pengambilan produk kurus, Sarah berkata, dia mengambil bahan itu kerana ingin menagekalkan berat badan ideal dan bukannya obses untuk langsing.

    Sarah berkata, dia juga ingin mendidik masyarakat bahawa terlalu kurus itu bukan bererti cantik tapi paling penting mempunyai berat badan ideal dan sihat.

    Sebelum ini, perkongsian foto Sarah menjadi perbualan hangat warganet apabila didakwa sedang hamil anak ketiga.

    Menerusi perkongsian itu, Sarah terlihat berisi malah bahagian perutnya juga seakan-akan ada bentukkan baby bump sehingga menjadi perhatian ramai. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...