Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Zverev didenda AS$40,000 lepas insiden mengamuk

    ACAPULCO, MEXICO, 26 FEB – Pemain nombor tiga dunia, Alexander Zverev, yang tersingkir daripada Terbuka Mexico di Acapulco minggu ini selepas berulang kali merempuh raketnya terhadap kerusi pengadil, didenda AS$40,000 oleh ATP kelmarin.

    Zverev didenda AS$20,000 kerana mengeluarkan kata kesat dan AS$20,000 kerana tidak mempamerkan semangat kesukanan, kata ATP dalam satu kenyataan.

    “Ini mewakili denda maksimum bagi setiap pelanggaran,” kata ATP, sambil menyatakan Zverev juga kehilangan hadiah wang sebanyak AS$31,570 yang akan diperolehnya dalam acara perseorangan dan beregu dan semua mata rangking ATP daripada kejohanan tersebut.

    “Ulasan lanjut mengenai insiden itu kini akan mengikut peraturan ATP,” kata ATP.

    Zverev dari Jerman, pemain nombor tiga dunia yang memenangi pingat emas Olimpik di Tokyo tahun lalu, hilang sabar selepas dia dan gandingan beregu, Marcelo Melo dari Brazil ditewaskan 6-2, 4-6, 10-6 oleh pemain Britain, Lloyd Glasspool dan Harri Heliovaara dari Finland.

    Zverev, juara bertahan di Acapulco, menghempas raketnya tiga kali di bawah kaki pengadil, Alessandro Germani sebelum mengambil tempat duduknya dan kemudian bangkit semula untuk memaki hamun pegawai dan mengetuk kerusi buat kali terakhir. – AFP

    Aksi Alexander Zverev semasa mengembalikan bola dalam perlawanan menentang Jenson Brooksby di Terbuka Mexico pada 21 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...