Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Juara pertandingan dikir terima hadiah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 29 JAN – Pasukan Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Pasukan Masjid Kampung Pelambayan masing-masing menjuarai kategori lelaki dan perempuan dalam Pertandingan Dikir Kebangsaan bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Berumur 45 Tahun ke atas Senegara yang diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, hari ini.

    Dalam kategori lelaki, tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Kampung Jerudong dan Pasukan Kampung Sungai Hanching di tempat ketiga.

    Bagi kategori perempuan, Pasukan Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait memenangi tempat kedua dan diikuti oleh Pasukan Masjid RPN Kampung Pandan di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada sebelah petang ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah di KHEU dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Kampung Pandan, pertandingan itu disertai 16 pasukan dengan sembilan bertanding dalam kategori lelaki dan tujuh dalam kategori perempuan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri selaku pengerusi pertandingan; Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Asminan bin Haji Chuchu; Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail dan Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Awang Misle bergambar ramai dengan pasukan juara kategori perempuan dalam pertandingan tersebut di Masjid RPN Kampung Pandan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Misle menyampaikan hadiah kepada Pasukan Jabatan Hal Ehwal Masjid, kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...