Tiger Woods tarik diri dari PGA

Tiger Woods tarik diri dari PGA

LOS ANGELES, 20 Julai – Tiger Woods menarik diri dari Kejohanan PGA, kali pertama dia akan melalui sepanjang tahun tanpa beraksi dalam pertandingan utama.

Keputusan itu, bukanlah yang mengejutkan, juga bermakna dia akan melalui keseluruhan musim Jelajah PGA tanpa beraksi.

Ejennya, Mark Steinberg dari Excel Sports Management, berkata dalam satu teks kepada The Associated Press semalam bahawa Woods tidak akan beraksi dalam baki jelajah musim ini memandangkan dia meneruskan pemulihan berikutan pembedahan belakang.

Ia hanya akan meningkatkan kepada tiga lagi pertandingan sebelum bermulanya pertandingan playoff FedEx Cup.

Steinberg berkata Woods akan terus bekerja keras dan menilai apabila dia boleh beraksi pada musim berikutnya, yang bermula pada Oktober.

Gambar fail 23 Ogos 2015 menunjukkan Tiger Woods ketika membuat pukulan tee di lubang kedua semasa pusingan akhir kejohanan golf Wyndham Championship di Sedgefield. Tiger menarik diri daripada Kejohanan PGA, kali pertama dia akan melalui sepanjang tahun tanpa beraksi dalam pertandingan utama. – AP
Gambar fail 23 Ogos 2015 menunjukkan Tiger Woods ketika membuat pukulan tee di lubang kedua semasa pusingan akhir kejohanan golf Wyndham Championship di Sedgefield. Tiger menarik diri daripada Kejohanan PGA, kali pertama dia akan melalui sepanjang tahun tanpa beraksi dalam pertandingan utama. – AP

Dalam kemunculan umum pada April lalu, sama ada ia merasmikan padang golf di Houston atau menghoskan pertandingannya di Washington, Woods tidak memberikan sebarang petanda bila dia akan bersedia untuk bersaing.

Dia menjalankan pembedahan kedua dan ketiganya pada tahun lepas dan berkata dia memerlukan lebih banyak masa, bagi memastikan kesembuhannya.

Woods sekarang melalui lapan tahun penuh sejak memenangi kejohanan utama ke 14 pada Terbuka AS pada 2008.

Dia digantikan oleh Harold Varner III di Kejohanan PGA, yang bermula pada 28 Julai di Baltusrol Golf Club di New Jersey. – AP

ARTIKEL YANG SAMA