Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    1 maut, 4 parah insiden tembakan di gereja

    LOS ANGELES, 16 MEI – Seorang maut, manakala empat parah dalam insiden tembakan di sebuah gereja berhampiran Los Angeles, semalam.

    Kejadian itu menyusul sehari selepas tragedi 10 mangsa ditembak mati oleh seorang remaja berusia 18 tahun di sebuah pasar raya di Buffalo, New York.

    Pihak berkuasa memaklumkan, panggilan kecemasan diterima daripada Gereja Geneva Presbyterian pada jam 1:26 tengah hari semalam.

    “Seorang mangsa terkorban di lokasi kejadian, manakala empat lagi parah.

    “Seorang pula mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa adalah orang dewasa,” menurut Jabatan Syerif Daerah Orange dalam kenyataan melalui Twitter. Jabatan itu berkata, pihaknya menahan seorang individu dan merampas senjata disyaki digunakan dalam kejadian berkenaan.

    Sementara itu, Pihak Berkuasa Bomba Daerah Orange memaklumkan melalui Twitter bahawa anggota bomba serta paramedik sudah dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Pejabat Gabenor California, Gavin Newsom pula berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai tempatan untuk memantau keadaan susulan kejadian itu. – AFP

    Polis menyiasat di lokasi tembakan di Gereja Presbyterian Geneva di Laguna Woods, California pada 15 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...