Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    10 maut ditembak remaja di pasar raya

    NEW YORK, 15 MEI – Seorang remaja lelaki menembak mati 10 orang, manakala tiga mangsa cedera, di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, semalam, dalam insiden yang disyaki polis ‘atas dorongan sentimen perkauman.’

    Suspek kulit putih berusia 18 tahun itu dilengkapi senjata dan memakai topi keselamatan serta peralatan taktikal, malah dipercayai menyiarkan serangan berkenaan secara langsung melalui rakaman kamera.

    Pesuruhjaya Polis Buffalo, Joseph Gramaglia berkata terdahulu suspek menembak empat orang di kawasan parkir pasar raya itu menyebabkan tiga maut, sebelum masuk ke dalam premis dan meneruskan serangan.

    Antara terkorban di dalam pasar raya itu ialah seorang pesara polis yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan bersenjata.

    “Pengawal keselamatan itu melepaskan beberapa das tembakan terhadap suspek. Namun, suspek – yang memakai perisai badan – menembak pengawal keselamatan itu.

    “Apabila pasukan polis tiba di lokasi kejadian, penyerang itu mengacu pistol ke leher sendiri tetapi berjaya dipujuk dan menyerah diri,” katanya pada sidang media. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...