Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    10 pelajar ISB terima sijil penghargaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Seramai 10 orang pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah menerima sijil penghargaan setelah berjaya menyertai platform kemasyarakatan di bawah The Impian Project, pada majlis yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong, baru-baru ini.

    Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama golongan keluarga berkeperluan khas yang dianjurkan oleh LZ Hussain & Co, advokat dan peguam cara.

    Penyerahan sijil-sijil telah disempurnakan oleh Pengasas The Impian Project, Dayang Lailatul Zubaidah binti Hussain.

    The Impian Project adalah sebuah platform komuniti yang menyokong golongan berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam.

    Para pelajar ISB yang terlibat dalam projek berkenaan sebelumnya turut berpeluang membantu dalam pengumpulan dana dengan mengadakan aktiviti melukis muka dan bake sale di Fun Fest yang diadakan sekitar Disember lalu bersama pertubuhan-pertubuhan lain bersempena meraikan Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya Antarabangsa 2022.

    Melalui usaha berkenaan, para pelajar ISB telah berjaya mengumpul lebih $500 dan didermakan kepada The Impian Project sekali gus untuk disumbangkan kepada sebuah keluarga di Daerah Tutong, yang menyara ahli keluarga yang berkeperluan khas.

    Majlis penyampaian sijil turut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan menyebarkan semangat serta budaya kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat umum dan golongan belia khususnya untuk berbakti kepada masyarakat.

    Seramai 10 orang pelajar ISB telah menerima sijil penghargaan masing-masing yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint Gadong, baru-baru ini. – Gambar serahan ISB
    Para pelajar ISB bergambar ramai semasa aktiviti face painting, dan bake sale di Fun Fest Festival yang diadakan di ibu negara. – Gambar serahan ISB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...