Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    100,000 rakyat Ukraine pindah ke tempat selamat

    KYIV, 11 MAC – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kelmarin berkata sekitar 100,000 rakyatnya berjaya dipindahkan ke lokasi selamat sejak dua hari lalu.

    “Kami memindahkan lebih 40,000 orang pada siang hari dan hampir 100,000 orang dalam masa dua hari,” kata Zelenskyy menerusi video di Telegram, sambil berkata pihaknya telah mewujudkan koridor kemanusiaan di bandar Sumy, Trostyanets, Krasnopillya, Irpin, Bucha, Hostomel dan Izyum.

    Beliau turut mengarahkan penghantaran konvoi trak makanan dan ubat-ubatan ke Mariupol, meskipun tentera Rusia terus menerus melepaskan tembakan.

    Menafikan dakwaan bahawa tentera Ukraine siap siaga menggunakan senjata kimia, beliau berkata: “Rusia cuba menutup jenayah yang dilakukannya di Ukraine dengan propaganda. Ia sangat membimbangkan.”

    “Jika awda ingin mengetahui rancangan Rusia, awda harus melihat tuduhan yang dilemparkan terhadap orang lain. Kami telah memastikan perkara ini tidak berulang kali,” agensi Anadolu memetik Zelenskyy.

    Sekurang-kurangnya 549 orang awam terbunuh dan 957 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan, menurut angka dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Bagaimanapun, badan antarabangsa itu menegaskan bahawa situasi semasa menjadikannya “sukar untuk mengesahkan” jumlah sebenar korban.

    Sementara itu, lebih 2.3 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...