Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Aaliyah juara keseluruhan Moomba Masters

    KUALA LUMPUR, 11 MAC – Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.

    Atlet berusia 18 tahun itu merangkul emas dalam acara ‘tricks’ dan ‘jump’ serta gangsa dalam acara ‘slalom’ untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang berlangsung di Sungai Yarra itu.

    Dalam acara ‘tricks’, beliau meraih emas selepas mencatat keseluruhan 6,780 mata dalam dua hari pertandingan, diikuti atlet tuan rumah Erica Hayes (5,680 mata) dan Dominga Gonzalez dari Chile (3,580 mata).

    Aaliyah Yoong terus beraksi cemerlang dengan melakukan lompatan penuh bergaya bagi acara ‘jump’.

    Atlet remaja itu, mencatat rekod kebangsaan baharu dan rekod peri-badi terbaik 39.5 meter (m) yang dicatatnya sendiri dalam pusingan pertama semalam, apabila berjaya melepasi jarak 40m dengan lompatan 41.4m untuk menang emas hari ini.

    Sementara itu, Elizabeth Hall dari Amerika Syarikat menduduki tempat kedua dengan 33.5m manakala Kristy Appleton dari Australia di tempat ketiga dengan 30.9m. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...