Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Permohonan JLPT 2022 bermula 14 Mac

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam akan menerima permohonan untuk Ujian Kemahiran Bahasa Jepun (JLPT) 2022 bermula pada 14 Mac ini sehingga 1 April nanti.

    JLPT 2022 akan diadakan pada 3 Julai yang bertempat di Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Sementara itu, JLPT mempunyai lima peringkat iaitu N1, N2, N3, N4 dan N5 di mana tahap pemula ialah N5 manakala tahap yang paling sukar ialah N1. JLPT telah ditawarkan oleh Yayasan Jepun sejak tahun 1984 sebagai cara yang boleh dipercayai untuk menilai dan memperakui kecekapan bahasa Jepun bagi penutur bukan penutur asli.

    Di Brunei, JLPT telah dilancarkan pada tahun 2008, dan sejak itu, ia telah diadakan setiap bulan Disember. Malangnya JLPT tidak dapat dijalan-kan pada Disember 2021 yang lalu, oleh itu JLPT akan diadakan pada bulan Julai tahun ini. Mereka yang berminat dengan ujian tersebut dikehendaki menyerahkan borang permohonan kepada kedutaan selewat-lewatnya pada 1 April nanti.

    Panduan ujian, termasuk borang permohonan, boleh didapati di kaunter Bahagian Kebudayaan dan Pendidikan Kedutaan Jepun. Sementara itu, segala maklumat lanjut mengenai JLPT tersebut bolehlah didapati menerusi laman sesawang JLPT di https://jlpt.jp/e/index.html

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...