Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    13 maut kapal terbalik

    HANOI, 27 FEB – Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dan empat lagi hilang selepas bot pelancong terbalik kelmarin semasa cuaca buruk di pesisir Hoi An, bandar tersenarai dalam warisan dunia di Vietnam, menurut pegawai.

    Kemalangan berlaku ketika kapal yang membawa 39 pelancong tempatan dan kru dalam perjalanan pulang ke Hoi An dari pulau Cu Lai Cham, kawasan yang terkenal dengan aktiviti menyelam dan sukan air.

    Ketua Parti Komunis tempatan, Nguyen Sinh menegsahkan 13 mangsa mati lemas dan empat lagi hilang.

    Usaha menyelamat digantungkan pada waktu malam kerana keadaan gelap, katanya.

    “Kami tidak dapat melakukan apa-apa kerana keadaan terlalu gelap,” dia memberitahu AFP, menambah siasatan sepenuhnya akan dijalankan dan beberapa mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan.

    “Kami akan meneruskan pencarian esok pagi untuk mencari empat lagi mangsa.”

    Seorang pengawal sempadan tempatan berkata dua kanak-kanak antara yang mangsa hilang.

    “Peluang untuk menemukan mereka selamat adalah sangat tipis,” katanya.
    Keadaan cuaca buruk, angin kuat dan ombak besar sejak beberapa hari kebelakangan, tambahnya.

    Industri pelancongan domestic Vietnam semakin pulih pada awal Februari, pada permulaan Tahun Baharu China, selepas ditutup semasa perintah berkurung ketat dan sekatan tahun lalu.

    Pantai di Hoi An dan seni bina bangunan yang menarik menjadi tarikan bagi pelawat dari dalam dan luar negara.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...