Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    15 warga L3C tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan dari Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) telah berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kampung Lambak Kanan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, kursus yang dijalan-kan pada 28 hingga 30 Mac lalu berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, JBP.

    Dengan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi wabak COVID yang melanda negara pada masa ini, sebelum kursus dijalankan, para peserta melakukan ujian pantas antigen (ART) sebagai langkah keselamatan dan mengamalkan penjarakan sosial berserta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Semasa kursus itu, para peserta diberikan pendedahan kepada pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai puncapunca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran serta mengadakan lawatan ke Balai Bomba Mentiri bagi mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran dan Life Saver 995 bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Para peserta kursus diberikan tunjuk cara penggunaan alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...