Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sweden beri dos keempat penduduk 65 tahun ke atas

    COPENHAGEN, DENMARK, 4 APRIL – Sweden mencadangkan dos vaksin COVID keempat kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas serta mereka yang tinggal di rumah orang tua atau mendapatkan jagaan di rumah, kata pihak berkuasa hari ini.

    Garis panduan baharu itu dikurangkan dari usia sebelumnya disarankan untuk suntikan keempat kepada penduduk berusia 80 tahun ke atas.

    Cadangan itu juga termasuk suntikan keempat kepada mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun yang mempunyai kekurangan imun dari sederhana kepada teruk, kata Agensi Kesihatan Awam Sweden dalam satu kenyataan.

    “Matlamatnya adalah untuk mencegah penyakit serius dan kematian daripada COVID,” kata ketua agensi, Karin Tegmark Wisell.

    Tegmark Wisell menambah bahawa ia ‘adalah patut’ untuk memberikan suntikan penggalak kedua kepada jarak usia lebih luas kerana jangkitan di Sweden dan negara lain terus menunjukkan peningkatan dan perlindungan vaksin mula menurun pada kumpulan usia tua.

    “Bagi orang berusia 65 tahun ke atas, sudah empat bulan kini sejak dos vaksin sebelumnya dan kesan perlindungan vaksin akan hilang beransur-ansur,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...