Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    1,893 graduan IBTE terima sijil

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Seramai 1,893 orang graduan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) diraikan dalam Majlis Konvokesyen IBTE ke-29 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada sesi pagi ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman yang menyempurnakan penyampaian sijil kepada seramai 210 penerima yang terdiri daripada 22 orang guru pelatih dari Akademi TVET, 43 orang penerima Diploma (level 5), 97 orang penerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) dan 48 orang penerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknik (NTec). 

    Pengarah Pendidikan Teknik selaku Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan beberapa pencapaian signifikan IBTE sepanjang 2021 di mana pada tahun ini IBTE telah meraikan ulang tahun jubli emas penubuhan Pendidikan Teknikal di negara ini.

    “IBTE adalah sangat komited dan sentiasa proaktif dalam menyokong pelbagai inisiatif dengan berkolaborasi bersama pihak berkepentingan bagi menghasilkan tenaga masir serta memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri,” ujar beliau.

    Dr Haji Mohd Zamri turut mengongsikan hasil kajian tracer studies bagi 2021 di mana kadar prestasi telah menunjukkan adanya peningkatan dari segi jumlah kebolehpekerjaan (employment rate) bagi lepasan graduan IBTE daripada 68 peratus pada 2020 kepada 75 peratus pada 2021.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik 2021 kepada Awang Muhammad Najwan Anuar, salah seorang daripada 1,893 graduan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang diraikan pada Majlis Konvokesyen IBTE ke-29 di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani.
    Bangga..Kaylle Marie Roxas Ramos menunjukkan sijil diperolehinya.
    ATAS & BAWAH: Para graduan bergambar bersama sijil mereka.

    Manakala itu, kadar kepuasan majikan terhadap prestasi kerja para graduan juga turut memperlihatkan peningkatan daripada 87 peratus pada 2020 kepada 90 peratus pada 2021.

    Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang kemudiannya menyampaikan sijil kepada para graduan dan anugerah-anugerah kepada graduan cemerlang iaitu bagi guru pelatih terbaik, Anugerah Pencapaian Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Khas Pelajar.

    Majlis Konvokesyen IBTE diteruskan lagi pada sebelah petang dengan penyampaian sijil HNTec dan Ntec kepada seramai 250 graduan.  

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis sekali gus menyampaikan sijil-sijil kepada graduan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pengerusi Sabli Group of Companies, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad selaku ahli Lembaga Pengelola IBTE.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik kepada dua orang pelajar.

    Majlis Konvokesyen IBTE akan diteruskan lagi pada 22 dan 23 Mac. 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...